WELCOME TO MY BELOG

Sunday, September 8, 2013

ZAKAT PADI

Dalil kewajipan Zakat Padi:
" Dan Dialah yang menjadikan kebun yang menjalar dan tidak menjalar tanamannya, pohon kurma, tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) ia berbuah dan tunaikanlah haknya (zakat) hari memetik hasilnya..."

Syarat-syarat wajib zakat padi
  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Sempurna milik
  4. Cukup nisab
  5. Tanaman tersebut adalah makanan asasi yang mengeyangkan dan boleh disimpan
KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PADI
  • Nisab Zakat Padi
363 gantang bersamaan 1300.49 kg HARGA SEKARANG

harga padi        = 1kg bersamaan  RM 0.75
harga subsidi   = 1kg bersamaan   RM 0.2481

.'. RM 0.75 + RM 0.2481 = RM 0.99

RM 0.99 X 1, 300.49kg = RM 1, 287.48


KADAR ZAKAT PADI

1/10 atau 10% ke atas nilai jualan hasil

sebagai contoh:
  • sekiranya hasil padi bersamaan RM 1287.48 X 1/10 = RM 128.74
  • zakat padi dikeluarkan setiap musim menuai bila cukup nisabnya, jika tidak cukup nisabnya pada satu musim boleh dicampurkan pada musim kedua untuk membayar zakat

" Dan keluarkan haknya (zakat) pada hari penuaian"
- Surah Al-An'am: 141




10 comments: