WELCOME TO MY BELOG

Sunday, September 8, 2013

ZAKAT PADI

Dalil kewajipan Zakat Padi:
" Dan Dialah yang menjadikan kebun yang menjalar dan tidak menjalar tanamannya, pohon kurma, tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) ia berbuah dan tunaikanlah haknya (zakat) hari memetik hasilnya..."

Syarat-syarat wajib zakat padi
  1. Islam
  2. Merdeka
  3. Sempurna milik
  4. Cukup nisab
  5. Tanaman tersebut adalah makanan asasi yang mengeyangkan dan boleh disimpan
KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PADI
  • Nisab Zakat Padi
363 gantang bersamaan 1300.49 kg HARGA SEKARANG

harga padi        = 1kg bersamaan  RM 0.75
harga subsidi   = 1kg bersamaan   RM 0.2481

.'. RM 0.75 + RM 0.2481 = RM 0.99

RM 0.99 X 1, 300.49kg = RM 1, 287.48


KADAR ZAKAT PADI

1/10 atau 10% ke atas nilai jualan hasil

sebagai contoh:
  • sekiranya hasil padi bersamaan RM 1287.48 X 1/10 = RM 128.74
  • zakat padi dikeluarkan setiap musim menuai bila cukup nisabnya, jika tidak cukup nisabnya pada satu musim boleh dicampurkan pada musim kedua untuk membayar zakat

" Dan keluarkan haknya (zakat) pada hari penuaian"
- Surah Al-An'am: 141




10 comments:

  1. baguslah..now I know how to calculate it..:)thanks~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi awak, nih pengiraan utk zakat negeri kedah sahaja.. klo negeri selangor rasanya pengiraannya mcm lain

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Padi pun ada zakat..? =_= Okay. Islam ni memang sempurna betul. At least tau ada zakat padi. Trima kasih kongsi ilmu. :)

    ReplyDelete